Coretan Salasilah
Tuesday, July 22, 2025
Moyang lelaki dari sebelah ayah kepada ibu editor.
Gambar ayah kepada datuk sebelah ibu(Moyang) iaitu haji Omar Sungai Gali, Alor Baka. Gambar diambil pada majlis perkahwinan ibu editor pada tahun 1980. Suami kepada Moyang perempuan yang bernama Nik Aminah. Selepas kematian moyang perempuan, moyang lelaki berkahwin lagi dengan Wan kalthom dari Kampung Parit, Pasir Tumboh dan menetap di Alor Bakat. Beliau dikurniakan 6 orang anak perempuan dan 3 laki-laki dari perkahwinan terdahulu.
Adik Beradik dan ayah kepada moyang sebelah ibu, iaitu Haji Mat Adam Emas Melor.
Wednesday, December 26, 2012
Sebahagian dari datuk dan nenek saudara beserta nenek.
Berdiri dari kiri(belakang): Mak Su Irah(tinggal di Mahligai,Melor), Makcik Mah( tinggal di Kepong, KL), Makcik Nab( tinggal di Pasir Mas), Mak Yah dan Mak Sah( tinggal di Mahligai Melor).
Dari kiri (depan): Makcik Som ( tinggal di Padang Pak Amat, Pasir Puteh), arwah Ayah deen (tinggal di Kedai Melor) dan nenda aminah (tinggal di Pondok Mahligai Melor).
Tuesday, December 25, 2012
Gambar Kedua - Tok ayah Adam dan Tok aji Fatimah.
Ni lah moyang sebelah mama. Tak pasti gambar diambil sekitar pantai mana. Mungkin pantai Bachok atau di Semerak.
Haji Mat Adam Bin Haji saamah dan moyang perempuan bernama Che Fatimah binti Che Wang. Tok Ayah Adam ni pengusaha kedai emas di pekan Melor @ kedai melor pada zamannya. dan kalau tak silap dia dan sepupunya sahaja yang mengusahakan kedai emas di melor pada zaman kedai kayu di sana. sekarang kawasan kedai kayu tu dah diroboh dan dijadikan parking dan tapak funfair je.
Di sebelah Kedai Melor baru sekarang. Yang menyambung warisan kedai emas sekarang adalah salah seorang anak lelakinya iaitu arwah Haji Khairuldeen bin haji Mat Adam. Kedai emas tersebut masih beroperasi atas nama Kedai Emas Hj Khairuldeen di pekan Melor.
Moyang perempuan iaitu Hajah Che Fatimah binti Che Wang ni surirumah dan menolong tok ayah Adam berniaga di kedai. tok ayah Che Wang iaitu ayah kepada tok aji Fatimah ni berjasa pada kawasan kampung Mahligai. beliau mewakafkan tanahnya di sebelah tali air Kampung Mahligai untuk dibina masjid Kampung Mahligai. Sehingga ke hari ini masjid itu digunakan dan dijadikan masjid mukim kawasan Mahligai, Melor.