Tuesday, December 25, 2012

Gambar Kedua - Tok ayah Adam dan Tok aji Fatimah.

   Ni lah moyang sebelah mama. Tak pasti gambar diambil sekitar pantai mana.  Mungkin pantai Bachok atau di Semerak.
   Haji Mat Adam Bin Haji saamah dan moyang perempuan bernama Che Fatimah binti Che Wang. Tok Ayah Adam ni pengusaha kedai emas di pekan Melor @ kedai melor pada zamannya. dan kalau tak silap dia dan sepupunya sahaja yang mengusahakan kedai emas di melor pada zaman kedai kayu di sana. sekarang kawasan kedai kayu tu dah diroboh dan dijadikan parking dan tapak funfair je.
   Di sebelah Kedai Melor baru sekarang. Yang menyambung warisan kedai emas sekarang adalah salah seorang anak lelakinya iaitu arwah Haji Khairuldeen bin haji Mat Adam. Kedai emas tersebut masih beroperasi atas nama Kedai Emas Hj Khairuldeen di pekan Melor.
Moyang perempuan iaitu Hajah Che Fatimah binti Che Wang ni surirumah dan menolong tok ayah Adam berniaga di kedai. tok ayah Che Wang iaitu ayah kepada tok aji Fatimah ni berjasa pada kawasan kampung Mahligai. beliau mewakafkan tanahnya di sebelah tali air Kampung Mahligai untuk dibina masjid Kampung Mahligai. Sehingga ke hari ini masjid itu digunakan dan dijadikan masjid mukim kawasan Mahligai, Melor.

No comments:

Post a Comment